My Favorite MySpace 2.0 Layouts
MySpaceLayouts

"hanya aku"

My photo
saya adalah saya.... siapa yg mengenali diri ini tahulah saya..... saya BIARLAH RAHSIA......

"neVer FOrgET to SmILe"

Follow me

moga disenangi....amin

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
FAJA ‘ALAHUM KA-ASFIM MA’ KUUL (Baca 3 kali)
ALLAH KINASIHAN  (Baca 1 kali)

Caranya :
Baca dengan menahan nafas, kemudian tiup pada telapak tangan anda sebanyak 3 kali.

alhamdulillah

Ajarlah anak-anak comel kita untuk sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda berjaya menyiapkan kerja  dan tugasan Anda  hari ini.Bersyukurlah kerana Anda diberi ilham, ruang masa dan curahan tenaga oleh Allah s.w.t. untuk menyiapkan semuanya.
Alhamdulillah Penyebar Jiwa Positif! 
Ucapkan alhamdulillah, bila Anda baru balik dari kerja, selamat sampai di rumah dan di sambut oleh hilai tawa keluarga Anda.
Bersyukurlah kerana Anda masih ada peluang mendengar kegirangan mereka, melihat cerianya wajah mereka dan menyentuh lembut kepala mereka. Hilai tawa mereka, kebahagiaan buat Anda.
Ucap alhamdulillah dalam bila Anda bertemu suami/isteri Anda dan sempat menatap senyuman manis di bibirnya. Beruntung Anda kerana ada kekasih seperti dia! Alhamdulillah...
Ucapkan alhamdulillah di saat Anda mahu melelapkan mata, ucap tahniah pada diri Anda kerana berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Anda sempat beribadah, beramal dan menambah pahala.
Alhamdulillah, satu lagi kecemerlangan kecil tercipta!!
Ucapan Pujian Komunikasi yang Terulung
Ucapan " ALHAMDULILLAH " Ertinya : " Segala puja-puji hanyalah untuk Allah " ataupun " Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah " .
Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala ni'mat yang Allah Ta'ala berikan kepada kita .
Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :
وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ‌ۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

Ertinya : "Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (syurga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " Surah al-'Aaraf , ayat 43
Dan tentunya Surah yang kita baca setiap hari setiap kali solat:
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Surah Al-Fatihah: Ayat 2.

amalan sentiasa

Berkati segala urusan

Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wa hayyi’lanaa min amrinaa rasyadan.
Artinya: Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. (AL Kahfi:10)

Terangi jiwa
Allaahumma awwir bil kitabi bashari wasyrah bihii shadrii was tamil bihii yadanii wa athiiq bihil lisaanii waqawwi bihi janaanii wa asri bihii fahnii waqawwi bihii ‘zmii bihawlika wa quwwatika fa innahu laa hawla walaa quwwata il9la bika yaa arhamar raahimiina. Alaahummas tawda’tuka maa’ allamtaniihi fardudhu ilaa ‘indahaajatii liayhi walaa tansaniihi yaa rabbal ‘aalamiina.
Artinya:
“Ya Allah, terangilah pandangan saya dengan AL Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati saya dan dapatlah kirannya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah saya dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati saya dengannya, dan percepatkanlah kefahaman saya dengannya serta teguhkanlah saya dengannya. Dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, karena tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang, Ya Allah saya menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah engkau ajarkan kepadaku, maka perkenankanlah kirannya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku ketika saya membutuhkannya. Dan janganlah hendaknnya Engkau melupakannya, Wahai Tuhan Semesta alam.”

Pertolongan dlm segala hal
Rabbi a’ini walaa tu’in ‘alayya wanahurnii walaa tanshur ‘alayyaa wamkuriii walaa tamkur ‘alayya wa yassir hudaaya wanshurnii ‘alaa man baghlyaa ‘alayya, rabbij ‘ainii laka syakiran, laka dzaakiran laka raahiban, laka mithwaa ‘an, ilayka mujiban aumuniiba. Rabbi taqabbal tawbatil wa aghsil hawbatii wa ajib da’wati wa tsabit hujjatii wahdi qalbi wasdid lisaani waslul sakhiimata qalbi.
Artinya: “Ya Allah Tuhanku, bantulah aku dan janganlah Engkau membantu untuk menyulitakn aku tolonglah aku dan janganlah Engkau menolong untuk menyengsarakan aku, berilah aku siasat dan janganlah Engkau beri siasat untuk mengalahkan aku, mudahkanlah petunjuk bagiku, dan tolonglah aku terhadap orang yang menganiaya diriku. Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang bersyukur pada-Mu, ingat pada- Mu, takut pada-Mu, taat pada-Mu, memenuhi perintah-Mu, dan kembali kepada-Mu, Ya Tuhanku, terimalah taubatku, cucilah dosaku, perkenankanlah doaku, tetapkanlah hujjahku, tujukilah hatiku, luruskanlah ucapanku, dan lenyapkanlah kedengkian hatiku.”

***amin....

25 days go to school......

kak long pulang dari sekolah.......muka yang letih sangatlah letih.....kesian pula tengok sayu hati ini.......kak long duduk di kerusi untuk merehatkan diri sebentar.....aq dan hubby sedang asyik baca surat khabar ......kemudian aq minta kak long pergi mandi sebelum makan malam tapi kak long tiada di sofa..tanya pada adeq "kak long mana,adeq pun tunjuk kak longnya......aq bangun ke situ untuk melihatnya rupa2nya kak long ada dalam istana keciknya.....kesian kak long penat sangat....aq biarkan saja kak long dalam sekejap...


             keletihan sangat.....


                  stokin pun tak sempat buka


                  kesian kak long

kalau dikirakan tolak sabtu ahad tolak cuti2 baru 25 hari sekolah tapi tengoklah penatnya sayu pula hati.....bagaimana hari seterusnya ada beratus hari lagi.....nak hadapi hari sukan lagi nanti,saat2 nak exam,macam2 aktiviti sek macam manalah kak long nak hadapi risau pula hati ibu ni....tapi ibu pasti kak long kuat cuma mungkin cuaca tak menentu itu yang keletihan sangat....tapi kalau nak dilihatkan sudah 2 kali demam.....


          istana kecik kak long tempat merajuk adeq....


               keletihan....keletihan + demam

apa-apa yang pasti aq sebagai ibu memang sangat sayu bila lihat keletihannya......takpa kak long sabar je nak jadi orang pandai pengorbanan itu penting....ayah ibu sentiasa akan bersama melakukan apa saja yang terbaik demimu......SABAR+TAWAKAL+KEAZAMAN+PENGORBANAN+PERJUANGAN=KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN MASA HADAPAN YANG CERAH..............



SATU PETANG DI PEJABAT

hari ini di pejabat.....hahahahahahah (tak tahan nak gelak dulu).......ada kawan opis bawa barang kebetulan kami ada 5 orang jer di opis so jom lihat2 lerrrrrr.........tp nak jd hal aq ada minat lak so aq ada ler ambil satu.....kemudian ada kawan kat opis ni intai2 nak cuba2......mula2 aq cuba2 pas 2 seorang lagi dan seterusnya sebab barang tu pula cukup2 untuk kami 5 orang.

                                               K.A.M.I

sudah semua pakat pakai jadi apa lagi berpose lerrrrr......semua pose tak ingat......keayuan ibu2 dan seorang dara sunti terserlah.....

ala-ala gadis mesir

                                  apa yang sama.......

semua sama jerkan tapi yang beza cuma warnanya....memang semuanya ayu saje......untuk hilangkan kestreesan kerja-kerja opis sikit kecerian kena ada "ala bukan selalu".....ada masa hanya kawan2 boleh menceriakan hari kita.....

MALAS NAK FIKIR DAH......

Bilalah nak selesai dari tahun lepas dah malas nak ambil tahu kalau boleh nak saja biarkan tak payah susah2 nak selesaikan......"buat tak fikir, bila timbul masalah macam2 tak puas hati"..........dalam ramai2 orang yang aq cuba selesaikan kerja mereka memang ini orang paling bermasalah.....naik benci...benci...benci nak pegang segala hal tentang orang macam itu.................sorilah memang aq tidak akan layan lagi segala apa benda pun yang berkaitan hal orang itu soal mati atau hidup pergi 'mam sama ko' tak layan lantak la ko.........kerja dengan aq memang senang....kalau mudahkan kerja aq maka lagi mudahlah ko kerja dgn aq.......eeerrrrggggg tension giler ada org macam ni......YA ALLAH jauhkanlah aq dengan orang begini......bukannya nak buat satu kerja je banyak benda nak diselesaikan....ini orang memang suka menyusahkankan orang lain...memang tak senangla hidup ko....aq dah malas nak fikir cepatlah selesai...

jatuh cinta lagi

blog oh blog gara2mu aq jatuh cinta sekali lagi........oh tidakkkkkkk......perlahan2 aq mengenalimu kini aq tidak dapat melepaskanmu begitu saja....apa harusku buat teruskan atau sampai disini saja sebelum melarat.....akanku cuba membahagikan masa antara kerjaya dan kamu wahai si blog......kini aq memahami kenapa harus adanya kamu....bolehlah aq bersama dikala bosan.....kerana aq mesti tahu kamu adalah yang ke2 atau ke3 atau ke4 atau apa2 jerlah selepas famili dan kerjaya.....tp aq tidak akan lupakan kamu.....BLOG OH BLOG.......lalalalala

jiwaku

rindunyeeeeeee......sedang asyik melayan lagu pertemuan pertama (one sweet day)....tetiba perasaan rindu padanye makin terasa.....bagai nak saja balik kerja sekarang....fikiran melayang ntah kemana dok terbayang wajah kesayangan hamba.....apa DIA buat sekarang ni....rindu sama kat aq ker....selalu macam tulah kalau dia ingat kat aq mesti aq pun ingat kat dia....cepatlah masa berlalu.....lambat rasanya....."I LOVE YOU.....I MISS YOU....SO..SO..MUCH"

nasi goreng jadi nasi lemak......

Semalam balik kerja seperti biasa tapi lewat sikit sampai rumah ambil kak long kat sekolah......aq kalau dah lewat sampai rumah semua kerja rumah malas jer nak buat tapi nak jadi cerita lainlak....dalam malas2 boleh pula basuh baju,masak,sidai baju,basuh pinggan magkuk,kemas rumah........seperti biasa, sampai jer rumah aq tanak nasi itu penting pasal lauknya pikir kemudian....kebetulan ada kawan hubby nak datang rumah jadi kenala kuatkan semangat sikit......setelah selesai menyetelkan diri aq terus ke dapur nak siap sedia nak masak apa?......tengok dalam peti sejuk apa lauk yang boleh dimasak telor ada,ikan selar yang keras membatu ada,kubis ada, tapi macam tak nak masak so nak senang fikir masak nasi goreng jerla.....malas nak beratkan fikiran aq ke ruang depan lihat kak long buat ulangkaji dan adeq yang seronok bermain dengan bear.....sedang mengelamun hubby pun turun setelah selesai solat mahgrib dan tegur jom keluar makan, dah masak ke? aq pun berkata nasi sedang ditanak rasanya nak masak nasi goreng jer la boleh tak? hubby pun berkata boleh aje kalau makan kat luar pun makan yang sama juga....aq pun dengan penuh semangat masuk semula ke dapur nak mula masak dengan tiba2 semangat yang ada aq pun ambil bahan2 santan,ikan bilis,cili kisar,timun,telor,ayam......nasi yang ditanak masih sempat letak santan.....ikan bilis digoreng kemudian di buat sambal bilis....timun dipotong...ayam digoreng.....telor direbus.....siap sudah.....selesai dimasak makanan dihidang diatas meja untuk disantap oleh hubby dan anak2....alangkah terkejut sungguh hubby apa bila melihat nasi goreng menjadi nasi lemak ayam goreng....hubby pun kata sudah tukar kah,aq pun senyum menjeling dan berkata apa nak buat rahsia seorang tukang masak...hubby dan anak2 makan dengan berselera sangat sebab menu kesukaan keluarga....TIDAK DISANGKA NASI GORENG JADI NASI LEMAK AYAM GORENG......dapnyeeeeeeee

~mari kita bekerja~

Kerja dan bekerja seperti biasa.....banyak kerja yang perlu di selesaikan setelah cuti for cny....rasa malas jer nak buat keje......angan2 kalaulah ada duit jatuh dari langit berjuta2kan seronok (ada ker bila yeeee)......hari ni pergi kerja seperti biasa.....datang kerja catatkan kedatangan, kerja wajib setiap hari....kemudian baru buka fail tu fail ni rekod tu rekod ni itulah kerjaku......fail kuning penuh atas meja yang perlukan tandatangan pengarah,penolong pembantu tadbir eeeeerrrrgggggg banyak nak selesaikan......sabar jerla demi nak membantu hubby.....sekarang ni kalau duduk kat bandar besar seorang sahaja yang kerja habisler......kesian kat hubby....so kalau aq nak belanja macam2 kenala berkorban sikit.....lagi pun dah belajar tinggi2 takkan nak frame jer sijil tu masa nilah nak digunakan.....kalau dah namanya perempuan memang ke dapur pun tapi tak semestinya nak tolak tepi je masa depan untung bersama pe lipat ganda lagi....(gelak kecik sikit hihihiii).....dunia yang serba canggih ni jangan tertinggal sikit pun rugi wwwooooo......aik dah lari topik ni kata nak kerja tapi asyik layan blog jer bila nak buat kerja......kerja oh kerja bila nak habis.....

      opis n i.....working..working...working

"we have 2 princess"

Alhamdulillah hasil perkahwinan kami telah dikurniakan 2 orang puteri yang cantik.....
Puteri yang sulong telah dilahirkan pada 26 april 2004 kini usianya sudah hampir memasuki 7 tahun rupa-rupanya sudah besar puteriku....terciptalah nama yang sedap didengari dan mudah di sebutkan Nur Farah Huda namanya sudah difikiran oleh hubby semenjak usianya didalam kandungan 6 bulan walaupun kami tidak pernah membuat ujian untuk melihat jantina apa....kuatnya perasaan hubby untuk menjadi seorang ayah maka terciptalah nama yang indah dalam jiwanya....sehingga lahirlah puterinya maka hasrat hati hubby untuk menamakannya tercapai....TAHNIAH ANAK PEREMPUAN itulah kata-kata doktor yang menyambut kelahiran puteri sulongku hubby dengan perasaan gembira dan bersyukur serta merta menamakannya...tak tergambarnya kegembiraan aq dan suami dengan kelahiran puteri sulong kami Nur Farah Huda Binti Muhammad Rejab....perjalanan hidupnya dari tahun ke tahun menjadi seorang anak yang cantik,pandai dan solehah merupakan impian aq dan hubby....puteriku telah memasuki tadika pada usianya 4 tahun dengan baik dan usianya 5 tahun diteruskannya alam tadika dengan lebih cemerlang pada usianya 6 tahun merupakan tahun yang amat terbaik bagi aq dan hubby kerana kejayaannya menjadi pelajar cemerlang untuk tadika-tadikanya,alangkah bahagianya ibu dan ayah sayang.....

             puteriku Nur Farah Huda disamping kejayaannya....


                   puteriku sulongku masuk sekolah tahun 1

Pada 3 januari 2011 puteriku telah memasuki alam persekolahan yang sebenar masuk tahun 1.................. seronoknya puteriku dalam gembira ada risaunya juga....kini dah sebulan berlalu puteriku menjalankan aktiviti harian menjadi pelajar sekolah....selepas ini puteriku akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang terbilang dan gemilang....sebagai ibu dan ayah akan sentiasa memastikan puteriku mendapat yang terbaik...

 29 mei 2008 maka lahirlah puteriku yang ke2 setelah 4 tahun penantian yang aq,hubby dan puteri sulongku impikan

puteriku ke2 ni lain pula ceritanya.....aq dan hubby tidak kisah akan jantinanya tapi dalam diam harap juga lelaki ialah kalau boleh nak sepasang jer.....tapi kalau diberikan perempuan kami terima dapat juga puteri sulongku adik yang sama seperti dia......oleh itu lahirlah Nur Fatin Hilmiyah seronoknya puteri sulongku setelah mendapat tahu adiknya sama macam dia perempuan boleh main masak-masak sama-sama....saat kelahiran puteri ke2 ni banyak kenangan pahit dan manis....yang pahitnya aq melalui dugaan hidup yang sangat getir (tak naklah ingat kembali benda yang lepas).....ok cerita yang manis jerlah....masa mengetahui aq mengandung memang sangat gembira 4 tahun tue lama tau....aq mengandung puteri ke2 ni tidak mengalami apa-apa alahan teruk pun tidak seperti yang sulong tapi nak jadi cerita hubbyku yang mengalami alahan yang teruk kesian hubby tapi kuat juga semangatnya.....paling manis ada 2 orang rakan sepejabatku yang memboyot sama, nasib la........ok adik nak lahir.....jam 12tgh aq di opis masa tu kawan opis ada bawa pulut kuning semperna dia akan jadi bapa...pulut kuning sedap tapi nak jadi citer aq dah mula rasa sakit cam nak tut(siapa dah rasa saat nak bersalin mesti tau) tp aq tahan juga sebab tak la sakit sangat....setiap detik setiap saat sakit dan sakit tapi aq tahan juga lalui kerja diopis dengan tenang....aq bertuah mempunyai rakan opis yang sangat mengambil berat setiap saat tanya akan perkembangan aq...jam di dinding tepat pukul 5:00 ptg hubby datang mengambil aq pulang semasa perjalanan pulang sakit aq tidak dapat ditahan lagi.....sebenarnya belum masa lagi untuk melahirkan sepatutnya 15 jun tarikh yang ditetapkan oleh doktor apa nak buat adik dah nak tengok dunia.....perjalanan ke hospital besar kuala lumpur ditempuh dengan tenang oleh hubby walaupun keadaan masa itu waktu puncak (ala waktu semua orang balik kerja la).....kebetulan masa tu kak long berada dirumah neneknya dihkl tidak la kelam kabut sangat.....dalam perjalanan aq ke hospital dengan jalan yang penuh kenderaan aq menahan kesakitan sekali sekala aq mengerang abg cepat tapi hubby tenang dalam menumpukan perhatian semasa memandu.....yang tidak dapat dilupakan oleh aq dan hubby bagaimana aq memegang tangan hubby yang sedang memandu untuk menahan sakit.....selamat sampai di hospital aq dperiksa oleh doktor...bukaan dah 4 dah boleh ke bilik bersalin...tepat jam 6:45petang aq dimasukkan ke bilik bersalin yang sentiasa ditemai oleh hubby.....7:15ptg lahirlah puteriku Nur Fatin Hilmiyah dengan sekali tolakkan sahaja dah disambut oleh seorang bidan dan hubby sahaja kerana pada masa itu pertukaran shif malam nurse dan doktor....semuanya selamat....bersyukur sangat dengan kelahiran puteriku...alhamdulillah kini puteri ke2 ku sudah berusia 2 tahun 8 bulan sekejap sahaja....pejam celik pejam celik kedua2 puteriku sudah besar...


               puteri ke2ku nur fatin hilmiyah....


muhdrejab+norliza=(nur farah huda-nur fatin hilmiyah)%


untuk yang ke3 aq dan hubby hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukannya...
"BUAT SAYANG IBU DAN AYAH AKAN SENTIASA MENDOAKAN AGAR MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEHAH,BERJAYA,CANTIK, DAN MENDENGAR KATA ORANG TUA".....AMIN
NUR FARAH HUDA & NUR FATIN HILMIYAH ~ KAMULAH RATU HATI IBU DAN AYAH... 

opis sunyi sepi.....

hari nie keje esok dah nak cuti coz CNY keje kasi setel apa yg patut.....x ler buzy sgt....kekawan opis pun x ler reramai mana apa ler bahasa aq dok pakai nie rosak2 tp ala xpa ler.....
hari nie g keje dlm keadaan nak dgn x nak..sampai tmpt keje opis x buka lagi pegawai yg buka opis cuti so duk ler lepak kat luar jer waktu utk punch masih dlm kawalan lg lum kul 8.00pg so xpa ler...jam 7.45pg sampai seorg pegawai yg ada kunci opis so sempat ler msk opis sblm jam 8.00pg xda ler masalah yele tahun nie dah kena bagi ulasan walaupun lewat seminit.....so far bulan januari punch card aq bersih walaupun pilih wp2 iaitu masuk keje jam 8.00pg-500ptg tp aq datang keje awal gak sbb setelkan tugas-tugas khas awal...(ala sbb kak long msk sek. agama 7.30pg jd kena ler kuar lg awal)lagi pun kesian kat hubby nak hantar kaklong ke sek agama pas tue hantar adik ke taska pas tue hantar aq pula ke opis 3 tempat penting sebelum ke tempat kejenye,hubby kena masuk keje jam 8.00pg oleh itu kena manage time dengan betul....thanks hubby atas PENGORBANAN YANG TELAH HUBBY LAKUKAN SELAMA INI...terlain pula citernye....
ok sambung semula citer at opis yg sunyi sepi nie....aq yg jaga bahagian perkhidmatan cuti nak tulis papan kenyataan pun dah x larat lenguh tau sbb separuh pegawai kolej telah diluluskan cuti mereka so keje aq kena la tuliskan di papan tersebut....seronoknye mereka semua cuti panjang apply 3 hari aq bagi 9 hari hahahahhaaaa aq ke yg bagi....apa-apa pun selamat berholiday ler kekawan....selamat pulang ke kampung berhati2 dijalan raya....buat kawan-kawan yg x apply cuti selamat la datang keje....(x apply cuti sbb nak simpan utk raya puasa wooo)

FeBUaRI 1 2011

***dalam hati ada taman***
pagi2 bgun rutin biasa kelam kabut setelkan famili.........buat air untuk hubby tersayang kemudian kuar ke keje seblm tue htr puteri sulong ke sek agama kemudian htr puteri ke 2 ke taska kemudian hubby htr ke tempat keje...hr nie hubby keje ptg so dpt g sarapan sama-sama....mmg dalam hati ada pelangi.....selepas sarapan kembali ke tempat keje untuk meneruskan misi dan visi....menjalankan keje dan keje......keje sampai bila-bila pun tak akan habis....hari nie mood keje mood holi..holi...holiday c'oz esok lusa tahun baru cina.....tahun nie tahun arnab apa luck tahun nie ye....hope bertambah...bertambah dan bertambah apa ye?????......lunch hours kawan-kawan opis yang tinggal beberapa kerat telah keluar ke merata-rata shopping mall mana taknye baru gaji so ada jer sale sana sale sini yg nak di jelajahi......nama pun kaum wanita lagi-lagi kaum ibu yang rajin menghias rumah untuk menjadi rumahku syurgaku.....aku pula keluar lunch dgn hubby again....makan tengah hari pula, sekali lagi dalam hati ada matahari.....makin bunga-bunga cinta dibuatnye...oh tidak hari nie cakap hatiku mmg teramat gumbira......hubby i love you so much..."thanks lot"