My Favorite MySpace 2.0 Layouts
MySpaceLayouts

"hanya aku"

My photo
saya adalah saya.... siapa yg mengenali diri ini tahulah saya..... saya BIARLAH RAHSIA......

"neVer FOrgET to SmILe"

Follow me

"we have 2 princess"

Alhamdulillah hasil perkahwinan kami telah dikurniakan 2 orang puteri yang cantik.....
Puteri yang sulong telah dilahirkan pada 26 april 2004 kini usianya sudah hampir memasuki 7 tahun rupa-rupanya sudah besar puteriku....terciptalah nama yang sedap didengari dan mudah di sebutkan Nur Farah Huda namanya sudah difikiran oleh hubby semenjak usianya didalam kandungan 6 bulan walaupun kami tidak pernah membuat ujian untuk melihat jantina apa....kuatnya perasaan hubby untuk menjadi seorang ayah maka terciptalah nama yang indah dalam jiwanya....sehingga lahirlah puterinya maka hasrat hati hubby untuk menamakannya tercapai....TAHNIAH ANAK PEREMPUAN itulah kata-kata doktor yang menyambut kelahiran puteri sulongku hubby dengan perasaan gembira dan bersyukur serta merta menamakannya...tak tergambarnya kegembiraan aq dan suami dengan kelahiran puteri sulong kami Nur Farah Huda Binti Muhammad Rejab....perjalanan hidupnya dari tahun ke tahun menjadi seorang anak yang cantik,pandai dan solehah merupakan impian aq dan hubby....puteriku telah memasuki tadika pada usianya 4 tahun dengan baik dan usianya 5 tahun diteruskannya alam tadika dengan lebih cemerlang pada usianya 6 tahun merupakan tahun yang amat terbaik bagi aq dan hubby kerana kejayaannya menjadi pelajar cemerlang untuk tadika-tadikanya,alangkah bahagianya ibu dan ayah sayang.....

             puteriku Nur Farah Huda disamping kejayaannya....


                   puteriku sulongku masuk sekolah tahun 1

Pada 3 januari 2011 puteriku telah memasuki alam persekolahan yang sebenar masuk tahun 1.................. seronoknya puteriku dalam gembira ada risaunya juga....kini dah sebulan berlalu puteriku menjalankan aktiviti harian menjadi pelajar sekolah....selepas ini puteriku akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang terbilang dan gemilang....sebagai ibu dan ayah akan sentiasa memastikan puteriku mendapat yang terbaik...

 29 mei 2008 maka lahirlah puteriku yang ke2 setelah 4 tahun penantian yang aq,hubby dan puteri sulongku impikan

puteriku ke2 ni lain pula ceritanya.....aq dan hubby tidak kisah akan jantinanya tapi dalam diam harap juga lelaki ialah kalau boleh nak sepasang jer.....tapi kalau diberikan perempuan kami terima dapat juga puteri sulongku adik yang sama seperti dia......oleh itu lahirlah Nur Fatin Hilmiyah seronoknya puteri sulongku setelah mendapat tahu adiknya sama macam dia perempuan boleh main masak-masak sama-sama....saat kelahiran puteri ke2 ni banyak kenangan pahit dan manis....yang pahitnya aq melalui dugaan hidup yang sangat getir (tak naklah ingat kembali benda yang lepas).....ok cerita yang manis jerlah....masa mengetahui aq mengandung memang sangat gembira 4 tahun tue lama tau....aq mengandung puteri ke2 ni tidak mengalami apa-apa alahan teruk pun tidak seperti yang sulong tapi nak jadi cerita hubbyku yang mengalami alahan yang teruk kesian hubby tapi kuat juga semangatnya.....paling manis ada 2 orang rakan sepejabatku yang memboyot sama, nasib la........ok adik nak lahir.....jam 12tgh aq di opis masa tu kawan opis ada bawa pulut kuning semperna dia akan jadi bapa...pulut kuning sedap tapi nak jadi citer aq dah mula rasa sakit cam nak tut(siapa dah rasa saat nak bersalin mesti tau) tp aq tahan juga sebab tak la sakit sangat....setiap detik setiap saat sakit dan sakit tapi aq tahan juga lalui kerja diopis dengan tenang....aq bertuah mempunyai rakan opis yang sangat mengambil berat setiap saat tanya akan perkembangan aq...jam di dinding tepat pukul 5:00 ptg hubby datang mengambil aq pulang semasa perjalanan pulang sakit aq tidak dapat ditahan lagi.....sebenarnya belum masa lagi untuk melahirkan sepatutnya 15 jun tarikh yang ditetapkan oleh doktor apa nak buat adik dah nak tengok dunia.....perjalanan ke hospital besar kuala lumpur ditempuh dengan tenang oleh hubby walaupun keadaan masa itu waktu puncak (ala waktu semua orang balik kerja la).....kebetulan masa tu kak long berada dirumah neneknya dihkl tidak la kelam kabut sangat.....dalam perjalanan aq ke hospital dengan jalan yang penuh kenderaan aq menahan kesakitan sekali sekala aq mengerang abg cepat tapi hubby tenang dalam menumpukan perhatian semasa memandu.....yang tidak dapat dilupakan oleh aq dan hubby bagaimana aq memegang tangan hubby yang sedang memandu untuk menahan sakit.....selamat sampai di hospital aq dperiksa oleh doktor...bukaan dah 4 dah boleh ke bilik bersalin...tepat jam 6:45petang aq dimasukkan ke bilik bersalin yang sentiasa ditemai oleh hubby.....7:15ptg lahirlah puteriku Nur Fatin Hilmiyah dengan sekali tolakkan sahaja dah disambut oleh seorang bidan dan hubby sahaja kerana pada masa itu pertukaran shif malam nurse dan doktor....semuanya selamat....bersyukur sangat dengan kelahiran puteriku...alhamdulillah kini puteri ke2 ku sudah berusia 2 tahun 8 bulan sekejap sahaja....pejam celik pejam celik kedua2 puteriku sudah besar...


               puteri ke2ku nur fatin hilmiyah....


muhdrejab+norliza=(nur farah huda-nur fatin hilmiyah)%


untuk yang ke3 aq dan hubby hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukannya...
"BUAT SAYANG IBU DAN AYAH AKAN SENTIASA MENDOAKAN AGAR MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEHAH,BERJAYA,CANTIK, DAN MENDENGAR KATA ORANG TUA".....AMIN
NUR FARAH HUDA & NUR FATIN HILMIYAH ~ KAMULAH RATU HATI IBU DAN AYAH... 

2 comments:

  1. ohh...terharunye sy membaca kisah kamu..dan alangkah terkejutttnyer sy biLe bkk muka dpn bLog kamu....hehehehe

    ReplyDelete
  2. tq....tq...tq....tunjuk ajarku sifu...

    ReplyDelete